Sempena nama sebuah gunung yang tegak berdiri di Langkawi walaupun disumpah 7 keturunan!

Rabu, 14 Mei 2008

Babi dari kaca mata gelas (1)

Tempoh hari semasa membuat kerja lapangan di Langkawi,kami dapati ada beberapa isu yang kurang diketengahkan.

  1. Adakah ini taktik orang bukan Melayu untuk menghalau secara 'senyap' orang Melayu?
  2. Kenapa Sepang dan bukan contohnya,Pulau Ketam?
  3. PAS tersepit di antara nafsu DAP-PKR.
  4. Teknologi yang belum terbukti akan keampuhannya.
  5. Keperluan atau keuntungan?
Ok,jangan beremosi dulu.Kami tahu mungkin ada di antara kamu yang sudah tekad menolak bulat-bulat isu ini kerana isu ini bersikap perkauman dan bukan isu nasional.

Kami pun bukan hendak meniupkan api perkauman.Cuma,ya lah,sebagai pengguna produk babi err maksud kami bukan pengguna produk babi,di mana unjuran ekonomi yang bakal memanfaatkan kami sebagai penduduk negara ni?Atau lebih tepat,di kawasan tersebut?

Dari proses penternakan sampai ke end product,iaitu daging dan proses pengeksportan ke luar negara,di mana kami sebagai Melayu-Islam boleh mengambil untung atau partisipasi?

Penghantaran?Penyembelihan?Penternakan?Cuba.

Berbalik kepada isu pertama,adakah ini taktik penyahtinjahan opss penyingkiran secara halus orang-orang bukan Melayu,terutama kaum Cina cauvinis terhadap kawasan penempatan yang sudah lama diduduki dengan rukun dan damai kaum-kaum Melayu?

Ya lah,setahu kami kawasan tersebut bakal dibangunkan sebagai kawasan Sepang Goldcoast suatu masa nanti dan sudah pastinya harga tanah di sana akan melonjak naik setaraf dengan usaha kerajaan terdahulu Selangor yang berusaha mempromosikan Bagan Lalang sebagai kawasan tarikan pelancongan.

Jadi,sekiranya penduduk Melayu berpindah dari kawasan tersebut dek tak tahan dengan 'kebanjiran' babi di situ,maka secara teknikalnya,kaum lain yang disebut Cina cauvinis ini bakal mengambil alih penempatan.Wah,salah ke kalau dorang ambil?Bumi Tuhan maaa.

Tak salah.Cuma ini juga antara taktik-taktik licik yang pernah dijalankan pihak Zionis semasa merampas IPalestin dahulu.Ingat peristiwa di Palestin 14-15 Mei 1948?Baca di sini.

Kalau benarlah perkara ini,maka sudah tentu penempatan baru Cina cauvinis yang dikuasai oleh mereka akan bertambah selepas Seri Kembangan dan sebagainya.

Sebab tu pusat kerajaan di Putrajaya dan bukan di Janda Baik.Relevannya?

Bersambung...

Tiada ulasan: